Ini kisah di sebuah istana,
Mempunyai 26 org laksamana,
Ingin kami kongsi cerita,
Nak tahu mari membaca.
Bermula dengan warden kami,
Dia garang tapi baik sekali,
Ustaz Zulkifli nama diberi,
Sekali menjerit semua lari.
Hayun rotan kesana kemari,
Cikgu Zambala yg digeruni,
Bagaikan singa di siang hari,
Semua arahannya kami patuhi.
Selalu sibuk kesana kemari,
Itu dia Ustaz Rudaini,
Datang asrama mencari money,
Tetapi Al-Quran selalu dihati.
Dialah kawan dialah saingan,
Ada masalah serba kekurangan,
Adik kami bernama Sofwan,
Bagi puteri dialah sukar ditawan.
Dikir Arabic sudah pasti,
Abu dan Syafiq pasangan serasi,
Dua sahabat paling digerungi,
Budak kelas Bukhari dan Tirmizi.
Dari laut singgah ke darat,
Janggut lebat mempunyai dakwat,
Bahagian solekan dia hebat,
Ini Akram fesyen dikir barat.
Semua budak asrama dia layang,
Mesra sungguh dengan diorang,
Mungkin Zuhairi seorang penyanyang,
Ingin tunjuk contoh seorang abang.
Imtiaz Dungun sekolah asalnya,
Hijrah ke Smasid ingin berjaya,
Ridzuwan Hafiy nama diterima,
Kami tak tahu apa nak dicerita.
Bab pakaian cari lah dia,
Tukang jahit di asrama putera,
Tidur lewat menjahit sahaja,
Ikmal Hakim dia punya cerita.
Amir,Mustaqim,Sayyid dan Radzi,
Senang ringkas cerita kami,
Mereka Hafiz Ql Quran dihati,
Kami lepak mereka join sekali.
Semua lautan dia jelajahi,
Semata-mata mencari kami,
Tg Azamuddin sahabat distinasi,
Ngutuk orang tak sedar diri
Orangnya tampan kuat berimaginasi,
Dalam Running Man Kwang soo diminati,
Selalu khianati sahabat disana sini,
Hakim namanya tidak boleh dipercayai.
Sukan sepak takraw dia kuasai,
Paan namanya tak cukup inci,
Walaupun kecik tapi cili padi,
Apabila berdebat tiada siapa yang berani.
Dari SMA Marang dibuang kemari,
Semakin hari semakin tinggi,
Time suka lupa diri,
Aiman lepeh anak kepada Zamri.
Malam favourite Nik malam jumaat,
Katanya malam jumaat banyak berkat
Orangya tinggi suka berjimat,
Puasa isnin khamis dijadikan ibadat.
Cadbury riuh dengan DNA b***!,
Mujurlah Chipsmore halal dan diyakini,
Ini kisah sahabat kami,
Ariff Nizamuddin nama diberi.
Dari Pluto tercampak ke Bumi,
Citer Boboiboy paling diminati,
Ahmad Irfan sukar dilayani,
Time merajuk macam baby.
Wan Nur Muqri , Wan Zulraimi,
Adanya mereka riuh sekali,
Bila ketawa tidak sedar diri,
Merekalah komedi dalam dorm kami.
Dari Syukor rela kemari,
Untuk menuntut ilmu disini,
Namanya Idlan kacak sekali,
Senyumannya mencairkan hati puteri.
Mereka paling penting bagi kami,
Hazraf dan Faris nama diberi,
Adanya mereka Line 3G,
Bolehlah kami tonton Fifa setiap hari.
Datangnya kemari mencari kerja,
Kerja yang dicari tidak jumpa,
Amirul Firdaus yang berbudi bahasa,
Senyumannya merebahkan jiwa putera.
Masa Roll Call menghilangkan diri,
Menggunakan alasan yg tersendiri,
Adha dan Wan Azamuddin selalu diperhati,
Memang budak Paka nakal sekali.
Itu saja daripada kami,
Salah silap harap dimaafi,
Harap anda semua terhibur hati,
Assalamualaikum saya sudahi..