Assalamualaikum and selamat sejahtera kepada tengah membaca Blog saya ini. Saya Nak ucapkan terima kasih banyak2. Nama Nur Shahirah , call me Ierah ,16 years old (Batch98) Stay at Terengganu . (Facebook-Nurshahirah(ierahsalim) (Twitter- @ierah_salim) (Wechat ID-ierah_salim)Add/Follow insyaallah saya approve back. Hehehe . TQ =)

Tuesday, 24 June 2014

AKU HANYA INSAN BIASA

Nabi s.a.w bersabda: "Tuhan akan himpunkan semua manusia pada hari kiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yang baharu dibakar, bumi yang suci bersih, tidak ada padanya gunung-ganang atau bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda atau kesan yang menunjukkan bahawa bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang". Sahl bin Sa'id As-Sa'idiy r.a




"Aku hanya manusia biasa”. itulah satu-satunya perkataan ku dulu. Aku lupa… aku bukan sekadar manusia biasa. Aku sebenarnya manusia biasa juga hamba-Nya yang hina. Seorang hamba yang buta, bodoh, emosi dan lemah.


Aku buta kerana aku tidak dapat melihat sesuatu yang terang tentang cinta.

Aku bodoh kerana aku tidak dapat memahami hakikat sebenar tentang cinta.
Aku emosi kerana aku tidak dapat merasai sesuatu yang pasti tentang cinta
Aku lemah kerana aku tidak dapat menyedari sesuatu yang jelas tentang cinta.


Aku tidak pasti adakah aku pernah merasai “cinta” atau adakah yang pernah dan masih aku rasai ini adalah CINTA… Yang pasti… aku mencintai ibubapa ku, keluarga ku dan rakan-rakanku.

Oleh kerana “cinta-cinta” itu, aku pernah jadi buta, bodoh, emosi dan lemah… bukan kerana kejam dan tidak berperikemanusiaannya mereka pada cintaku. Tapi kerana biasa dan hinanya aku sebagai manusia dan hamba-Nya…


Aku lupa 2 ayat yang ternyata amat layak mengetuk relung hatiku…


“CINTA DUNIA” itu tiada yang kekal. Lalu… cintailah seadanya. Sebagaimana kita merelakan cinta dunia itu hadir dalam hidup kita, lalu kita juga perlu bersedia dengan lapang dada seandainya cinta dunia itu ingin pergi.


“CINTA SEJATI” itu suci, tulus, ikhlas. Tidak mengharapkan balasan… dan cinta sejati itu tidak semestinya bersatu. Tidak selalunya bersama.


Demi Allah ! Dia yang menciptakan kita, semestinya Dia lebih memahami kita. Dia menyayangi kita, amat mengambil berat tentang kita… lalu telah Dia tinggalkan peringatan-peringatan tentang bagaimana seharusnya cinta itu… supaya… di suatu saat, kita tidak bersedih saat kehilangan cinta dan kita tidak akan sewenang-wenangnya menyalahkan-Nya hanya kerana cinta…


Wallahu`alam .. =)


Ramadhan Datang lagi ! =)

Assalamualaikum . =)

Sedar tak sedar, kita bakal jumpa bulan Ramadhan lagi . Tak sabar pulak rasanya. Excited laa sangat sambut puasa tahun ni dengan kawan2 ,biasanya sambut dengan family . 

So sempena bulan yang penuh barakah ni, I menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai kata ada kelakuan dan perbuatan I selama ni mengguris hati mana mana pihak. Sincerely, I'm sorry. Untuk enter bulan yang penuh berkat ni, kita kosong-kosong (0-0) okayy! =) Yang termakan, terpakai mintak halal yee. Semoga Ramadhan kali ni akan lebih berkat dan lebih bermakna dari tahun tahun yang lepas. InsyaAllah. 


Jom baca niat puasa ramai ramai!

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

yang atas tuu untuk sehari-sehari.
kalau takut lupa, baik kita niat sebulan je terus okayy !

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Okayy. u alls.
yang bawah ni pulak doa untuk berbuka puasa.
I rasa semua hafal kan?hehe. okayy. I remind balik ye.

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Maksudnya: Ya Allah aku telah berpuasa untuk Engkau dan pada Kaulah aku mempercayainya dan aku membuka puasa dengan apa yang Engkau berikan.

Okay, selamat menjalani ibadah puasa.
(✿◠‿◠) Jangan ponteng puasa tau! (◡‿◡✿)